BUKAN UMNO SAJA YANG BOLEH


Gual Periok makin membangun
RANTAU PANJANG: Meskipun baru dua tahun merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok daripada Pas, pelbagai pembangunan berjaya diusahakan Barisan Nasional (BN) demi keselesaan rakyat kawasan itu.

Kedudukan Gual Periok yang turut menempatkan Rantau Panjang yang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli – belah menyaksikan kawasan terbabit kini semakin sibuk dengan pembangunan sosioekonomi.

Selain inisiatif sektor swasta yang mengambil kesempatan perniagaan, Kerajaan Pusat melaksanakan pelbagai projek kecil dan besar demi keselesaan rakyat di kawasan itu.

Selain infrastruktur kepentingan awam, pembiayaan kecil membabitkan kemudahan umat Islam beribadat seharian dan penduduk miskin adalah antara fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gual Periok, Datuk Shaari Mat Hussain.

Tindakan segeranya menyaksikan 77 madrasah sekitar Gual Periok kini lebih selesa selepas dibaik pulih sama ada secara fizikal atau diberi kelengkapan membabitkan kos antara RM2,000 hingga RM10,000.

Selain surau dan madrasah uzur dibaik pulih, peralatan dan permaidani usang yang digunakannya selama ini turut diganti baru demi keselesaan penduduk beribadat setiap hari.

PETIKAN DARI:KELANTAN.NET

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s