KENALILAH UMNO


Tragedi Kampung Berembang Ampang
Norhasliana Bt Osman, dimasukan ke wad ICU kerana dipukul oleh FRU, beberapa orang ditahan dan diberitakan antaranya adalah, 15 anak muda berbangsa Cina , 6 Melayu dan 1 berbangsa India kerana memperjuangkan isu kemanusiaan untuk 80 keluarga Melayu. Semua insiden ini berlaku dalam bulan syawal sewaktu anak – anak sedang khusyuk mahu menduduki peperiksaan, Kg Beremban Ampang – kawasan Azman Wahid wakil rakyat Bukit Antarabangsa, menantu kepada Datuk Mufti Shuib Ketua Bahagian Ampang menutup kedua – dua belah mata atas kesengsaraan yang ditimpa mereka. Rasanya baru seketika Datuk Mufti Shuib berapi – api memperjuangkan Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – isu semangat Melayu kelas 3 dan berbagai lagi isu mengenai perjuangan Melayu, akhirnya MELAYU ITU JUGA JADI MANGSA. Gambar ini adalah antara beberapa gambar yang akan kami paparkan kelak bagi menunjukkan erti perjuangan Melayu yang dipertunjukkan – dilakunkan – digambarkan sewaktu persidangan Agung UMNO 2006.

Dimana perjuangan itu? Apa maksud keris terhunus dan apa erti kita membicarakan perjuangan Melayu itu. Mereka tidak berada – mereka salah kerana hidup merempat – mereka mahukan yang terbaik dan mereka mahukan pembelaan. Adakah tidak ada cara lain selain dari menyiksa mereka – tidak sempatkah untuk berunding mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini. Adakah mereka pengemis yang tidak perlu dilihat – tidak perlu difikirkan. Sekali lagi MPAJ ( Majlis Perbandaran Ampang Jaya ) menjadi “hero” pada kontraktor – kontraktor , pemaju dan hamba kepada orang yang berkuasa dan TIDAK PADA RAKYAT MELAYU !

Tidurlah, buaikan mimpi melihat negara ini aman sejahtera, pemimpin peka masalah rakyat, pemimpin sedar kesengsaraan rakyat dan kirimkan salam kepada anak – anak Cina yang bangkit mempertahankan 80 keluarga Melayu sedang kepimpinan Melayu sebok memperjuangkan Melayu dalam Dewan PWTC dengan laungan

HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

inilah yg dilaung2kan………..
MANGSA KHIANAT… Puan Fatimah bersama anaknya berlari sehelai sepinggang tanpa dapat menyelamatkan harta benda setelah rumahnya di Kampung Berembang, Ampang, Selangor terbakar semasa kerja-kerja perobohan yang dilakukan oleh MPAJ bermula pagi (20 November). Foto Wan Zahari Salleh

– PETIKAN DARI PERAKAN.NET

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s