Harga Tanah Jelawat Melonjak
BACHOK – Harga tanah di sekitar Jelawat di sini khususnya yang terletak berhampiran tapak kampus tetap Universiti Malaysia Kelantan (UMK) semakin melonjak sehingga mencecah RM100,000 bagi setiap ekar atau 0.46 hektar.
Ahli Dewan Undangan Negeri Jelawat, Datuk Dr. Ilias Husain berkata, orang tengah semakin rancak menjalankan urusniaga pada kadar harga amat tinggi walaupun sebahagiannya adalah tanah sawah.
Sebelum ini, katanya, harga bagi setiap 0.46 hektar ialah antara RM20,000 hingga RM30,000 sahaja menyebabkan pemilik tanah ghairah dengan tawaran menarik dibuat oleh orang tengah bagi mendapatkan keuntungan jangka pendek.
‘‘Tanah sedia ada tidak wajar dijual pemilik kepada orang tengah kerana ia bakal menjadi satu lokasi penempatan baru yang pesat membangun apabila terlaksananya Pembangunan Koridor Timur yang sedang dirancang,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Keluarga Angkat Jati Diri Kesukarelaan Nasional Peringkat Kelantan di Kampung Teratak Pulai di sini semalam.
Petikan dari kelantan.net
Leave a comment
No comments yet.
Leave a Reply