Ada satu jalan…banyak perkara boleh selesai


Jika kita renung, kita lihat, kita amati, banyak perkara yang berlaku dimuka bumi (tanah melayu yang tidak lagi punya hak untuk orang melayu sahaja) ini, terlalu banyak kepincangan yang kita lihat disekeliling, yang nampaknya tidak menampakkan perubahan.Malahan, semakin hari semakin meningkat!.Banyak isu – isu yang langsung tak pernah selesai dari segala tajuk permasalahan. Banyak perbincangan yang dibuat samaada seminar, dialog dan ada disiarkan melalui akhbar, media elektronik seperti radio dan tv dan tak kurang juga blog di internet untuk menyelesaikan sekian banyak kemelut yang melanda negara. Kesudahannya, begitu juga… . Setiap masalah pasti akan ditujukan pada rakyat sekalian dan yang menjadi mangsa tuduhan adalah ibu bapa. Tidak sah!! kiranya ibu bapa tidak dipersalahkan. Jika ada komen dari rakyat bawahan yang cuba bagi pendapat tentang kesalahan itu dari pihak kerajaan, pasti cepat – cepat dj radio cuba memutuskan talian. Begitu juga dimana – mana perbincangan. Inilah fenomena yang terjadi pada negara kita Malaysia!!!!.

Dan rakyat pula, setiap pilihanraya tentu sekali akan memberi undi kepada kerajaan Barisan Nasional yang mereka sendiri kutuk dan marah apabila kezaliman mengena pada batang hidung mereka. Apakah perlu anda dizalimi baru tersedar? Itulah permasalahannya. Jika kezaliman berlaku disekitar kita, Rakyat masih mendiamkan diri dan masih lagi memberi undi kepada kerajaan yang zalim!.

Kesimpulan yang hendak saya perkatakan disini cuma satu, Orang politik yang zalim dan menganiaya rakyat hanya faham satu bahasa, iaitu bahasa undi!!!!!!!!!!!!!

Tukar sahaja kerajaan sedia ada akan banyak perkara dapat diselesaikan.

Apakah masalah yang telah kita ketahui?

 Masalah Sosial

    Masalah Remaja – black metal, bohsia, mat rempit, rogol, ponteng sekolah, bergaduh, dadah, ganja dan bermacam lagi

   Masalah Orang Dewasa – Bunuh, rompak, ragut, judi, sumbang mahram dan sebagainya

  Masalah Pemimpin – Rasuah, Salah guna kuasa

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s