Bahasa oh! bahasa


Kalau nak diikutkan isu bahasa ini sepatutnya tidak timbul kerana kerajaan di perintah oleh mereka yang berbangsa melayu.Tetapi malangnya, isu ini semakin hari semakin banyak. Jika kita perhatikan, di Malaysia penggunaan Bahasa inggeris lebih diangkat martabatnya. Dahulunya, semua bangsa jika tidak tahu bertutur dalam bahasa malaysia tidak dapat berkomunikasi dengan rakyat keseluruhan tetapi kini sebaliknya mereka yang tidak dapat bertutur didalam bahasa inggeris akan dianggap ketinggalan.

Cuba kita perhatikan, betapa hebat bangsa lain memartabatkan bahasa mereka sehinggakan seperti filem – filem cina di Hongkong sekiranya ada penyertaan dari bangsa asing mesti dialih bahasa kedalam bahasa cina. Mat salleh yang berlakon dalam filem hongkong pun kena bercakap dialek cina kenapa tidak kita?.Tidak kita dimalaysia, sesama bangsa melayu sekalipun bercakap bahasa inggeris dan ada sesetengah tu menghina bahasa sendiri ketika memulakan ucapan. Ini amat malang kepada jiwa bangsa melayu yang telah hilang jatidiri bangsa!!.

Terlalu banyak penggunaan bahasa inggeris didalam kehidupan kita seharian. Bayangkan, Surat perjanjian pun mesti ditulis didalam bahasa inggeris. Syarat Рsyarat dan terma apa Рapa urusan pun didalam bahasa inggeris. ini adalah salah satu contoh manipulasi yang digunakan yang mengelirukan serta menipu secara diam mereka yang tidak tahu membaca dan menulis berbahasa inggeris. Bukan itu saja, permohonan kerja sekarang pun banyak meletakkan syarat boleh berbahasa inggeris. kenapa? bukankah kita bekerja dinegara kita? bukan kita berurusan diluar negara yang perlu mengikut perlembagaan negara mereka. Akibatnya, ramai anak melayu yang gagal mendapat peluang pekerjaan. Salah siapa? jika dihitung salah siapa, pihak kerajaan tak habis Рhabis menyalahkan pelajar melayu. Apa yang kerajaan buat sehigga ramai pelajar melayu gagal mendapat peluang pekerjaan?. Jawapannya, tindakan sekadar melepaskan batuk ditangga.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s