PULAU RESTORAN TIDAK PAMER HARGA


KOSMO

KUALA LUMPUR 28 Jun – “Pulaukan saja,” kata Pengurus Komunikasi, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman mengulas kedegilan pengusaha restoran di ibu negara, meletakkan tanda harga.

Ketika dihubungi semalam, beliau berkata, pengguna seharusnya menggunakan kuasa mereka itu untuk memberi pengajaran kepada pengusaha restoran terlibat.

“Pengguna harus bersatu, jangan lagi berkunjung ke restoran yang tidak pamer harga makanan,” katanya.

Menurut Mohd Yusof, FOMCA sentiasa memantau premis yang tidak mengikut arahan mempamerkan harga.

Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Irwandy Mat Noordin, pihaknya sentiasa menjalankan program bagi mendidik pengguna agar mengubah sikap.

“Pengguna harus faham, kuasa terletak di tangan mereka. Mereka tidak harus berurusan dengan peniaga yang tidak pamer harga,”ujarnya.

Pengarah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Darshan Singh pula berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedia membanteras peniaga yang ingkar jika pengguna sedia memberi maklumat.

KOSMO! semalam melaporkan sikap sesetengah pengusaha restoran di sekitar ibu kota yang tidak meletakkan sebarang tanda harga terhadap makanan yang dijual sehingga mengelirukan pengguna.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s