Tinjauan umum Merdeka Centre: Rakyat terjejas dengan kenaikan harga, inflasi


Sabtu, 10 Februari 2007
MK – Beh Lih Yi   Feb 9, 07 4:07pmKerajaan telah memberi gambaran yang ‘indah’ mengenai keadaan ekonomi negara tetapi satu tinjauan yang dijalankan mendapati sentimen orang awam mengenainya agak berbelah-bagi.Peningkatan kos sarahidup dan kadar inflasi, menjadi isu utama di kalangan pengundi, demikian menurut tinjauan bebas yang dijalankan oleh firma penyelidikan, Merdeka Centre. Tinjaun itu dibuat antara Oktober hingga Disember tahun lalu.

Daripada 1,025 responden yang ditemubual, 32 peratus daripadanya mengaku menanggung kesan daripada prestasi ekonomi negara.

Antara isu-isu utama yang mereka bangkitkan ialah kenaikan harga, kadar inflasi, kelembapan ekonomi, pengangguran, kemiskinan dan isu-isu pembangunan.

“Walaupun sebahagian besar pengundi sentiasa prihatin terhadap keadaan ekonomi negara, tetapi keperihatinan mereka kini semakin meningkatkan sejak kenaikan harga minyak dalam suku pertama 2006 dan kekal hingga sekarang,” kata Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian kepada malaysiakini.

Menurutnya, rasa tidak puashati mengenai isu-isu tersebut telah mula dikesan sewaktu satu tinjauan dibuat April lalu – sebulan selepas kenaikan harga minyak diumumkan – di mana lebih 60 peratus responden berkata keadaan ekonomi negara menjejaskan kehidupan mereka.

Selain kenaikan harga minyak, kadar tarif elektik dan air juga turut dinaikkan tahun lalu. Kerajaan juga mengumumkan kenaikan kadar tol bagi lima lebuhraya di Lembah Klang mulai 1 Januari lalu. 

Kenaikan harga barangan dan kadar tol itu mendapat bantahan rakyat dan beberapa siri demonstrasi telah diadakan.Reaksi berbeza

Tinjauan terbaru Merdeka Centre mendapati keadaan ekonomi negara memberi kesan yang berbeza kepada masyarakat berlainan kaum.

Sebanayk 60 peratus responden Melayu berkata mereka puashati dengan pengurusan ekonomi kerajaan tetapi 39 peratus lagi tidak berpuashati.

Bagi masyarakat Cina pula,55 peratus responden puashati manakala 41 peratus lagi tidak puashati. Masyarakat India pula mempunyai peratusan tidak puashati yang tertinggi– 63 peratus tidak puashati dan hanya 34 peratus yang puashati.

Pada keseluruhannya, rasa tidak puashati terhadap cara kerajaan menguruskan ekomoni meningkat dari 39 peratus Mac lalu kepada 47 peratus pada bulan Oktober.

Mengikut responden kaum Cina pula, mereka terjejas oleh keadaan ekonomi yang tiada halatujunya, kenaikan kadar inflasi dan perasaan pesimistik di kalangan masyarakat perniagaan Cina.

Responden kaum India pula berkata, mereka juga terjejas dengan kenaikan kadar inflasi dan kurang akses. Mereka merasakan masyarakat mereka kurang wakil yang berwibawa di luar Barisan Nasional.

Namun begitu, separuh daripada responden bersikap optimistik. Hanya 19 peratus daripada mereka menjangka kemerosotan dalam aspek kewangan masing-masing manakala 21 peratus lagi meramalkan keadaan tidak berubah.

Sebanyak 71 peratus responden dari kaum India yakin kerajaan akan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang menjejaskan kehidupan mereka.

Bagaimanapun, 53 peratus responden kaum Cina dan 46 peratus responden Melayu percaya, kerajaan tidak mampu menyelesaikan masalah negara itu.

Rasuah bukan faktor

Mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Mac lalu, hanya 25 peratus responden kaum Cina percaya mereka akan mendapat faedah daripada rancangan ekonomi lima tahun itu. Bagi responden India dan Melayu pula, angkanya adalah masing-masing 67 peratus dan 38 peratus.

Isu rasuah juga menjadi tumpuan utama aduan mereka di mana 72 peratus responden berkata keadaannya sekarang adalah“tidak memuaskan”. Bagaimanapun, tinjauan itu mendapati ia tidak akan menjejaskan corak pengundian mereka.

“Rasuah di peringkat rendah lebih menjejaskan bukan Melayu, berbanding dengan orang Melayu. Sebahagian besar orang Melayu menerima ‘patronage’ sebagai sebahagian daripada ‘pembangunan”, kata tinjauan tersebut.

Selain daripada ekonomi, responden, terutama dari kawasan bandar, amat perihatin terhadap kejadian jenayah dan keselamatan orang awam. Responden Melayu dan India amat prihatin terhadap masalah Sosial dan moral.

Responden kaum Cina dan India juga berpendapat hak mereka dan kesaksamaan dalam pendidikan menjadi isu-isu yang paling relevan dengan mereka.

Tinjauan itu juga mendapati hubungan kaum masih positif pada permukaannya tetapi masih ada kemungkinan berlaku ketegangan antara kaum.

Islamisasi

Kira-kira 50 peratus responden kaum Cina dan India juga enyuarakankeibmbangan mereka terhadap proses Islamisasi di Malaysia di mana nilai-nilai Islam secara perlahan-lahan diserapkan ke dalam kehidupan.

Sebaliknya, 63 pratus responden Melayu mahu proses Islamisasi itu ditingkatkan lagi.

Sebanyak 79 peratus responden kaum India dan 58 responden Cina turut merasakan parti-parti politik yang mewakili kaum, masing-masing tidak berkesan dalam memperjuangkan masalah masyarakat mereka berhubung soal Islamisasi.

Hasil tinjauan tersebut telah membangkitkan persoalan sama ada kerajaan pimpinan Abdullah akan mampu mengulangi pencapaiannya dalam pilihanraya umum 2004?

Ibrahim berkata, walaupun wujud rasa tidak puashati di kalangan responden terhadap beberapa isu, tetapi masyarakat umum nampaknya berpuashati dengan kerajaan yang ada sekarang.

Menurutnya, tahap keseluruhan rasa puashati orang awam semakin baik dan walaupun timbul beberapa isu semasa, tetapi majoriti rakyat selesa dengan keadaan sedia ada.

Petikan dari KeadilanRakyat.org

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s