Agenda Melayu dimana agenda Alam Sekitar?


Nampaknya, ramai yang berbicara tentang Legasi Melayu dan Islam, tetapi kita tidak nampak banyaknya website mengutarakan isu – isu lain yang rasanya tidak kurang juga penting bagi kehidupan kita sebagai manusia (melangkaui isu rakyat malaysia shj) keseluruhan. Jika kita perhatikan, pemanasan global dewasa ini semakin jelas dan ketara sekali berlegar disekeliling dunia kehidupan manusia. Apakah pemanasan global ini tidak penting bagi rakyat malaysia khasnya?, Dimanakah perginya pejuang yang akan perjuangkan isu – isu alam sekitar, Apakah rakyat malaysia tidak berminat untuk memperjuangkannya?. Inilah yang menjadi masalahnya, apabila isu seperti ini menjadi isu sampingan, sedangkan kerosakan yang berlaku kepada alam sekitar bukan saja memudaratkan manusia bahkan alam keseluruhan. Jika kita perhatikan usaha kerajaan malaysia dalam isu ini amatlah malang sekali. Tidak ada tindakan yang menyeluruh dan tegas serta serius dalam menangani isu alam sekitar. Diharap dapatlah kiranya rakyat malaysia lebih banyak lagi membincangkan persoalan ini serta mengutarakan masalah alam sekitar dengan lebih serius. 

Jadual 1: Penemuan tapak pembuangan haram sisa industri

Tarikh

Lokasi

Sisa Industri

5/12/2003

Kampung Dagang berhampiran kawasan perindustrian Sungai Way

30 tong bahan buangan terjadual, mengandungi bahan enap cemar dan toksik

4/12/2003

Ladang kelapa sawit di Ijok, Kuala Selangor

500 tong mengandungi buangan enap cemar cat dan sisa domestik industri

13/9/2003

Kawasan tadahan air mentah Loji Pembersihan Air Cheras Batu 11 

Pembuangan hasil sisa kilang tanpa rawatan ke sungai

04/08/2003

Perairan Johor terutama di Tanjung Piai, Pontian dan Teluk Ramunia, Kota Tinggi

Pembuangan sisa kotoran minyak hitam daripada kapal-kapal yang berlabuh di Singapura

10/07/2003

Sungai Klang

Pembuangan sisa komponen kenderaan dalam  sungai oleh pengusaha bengkel

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s