Bola dan FAM:Menyokong pandangan Datuk Ahmad Basri


Selasa, 12hb Ogos 2006: Isu bolasepak negara menjadi panas apabila isu ini dibangkitkan oleh ahli parlimen tentang mutu serta kualiti bolasepak dinegara kita ini menjunam ke angka melebihi 140 ranking dunia.
Dan yang terbaru, Datuk Ahmad Basri Akil bersuara tentang pihak yang bertanggungjawab keatas mutu bolasepak diMalaysia.Sebenarnya, saya juga sebagai rakyat Malaysia dah lama memerhati situasi ini.Sekadar memerhati dan melihat senario yang berlaku pada dunia sukan negara kita yang sentiasa tempang dan langsung boleh dikatakan amat teruk sekali. Bagi diri saya sendiri, saya melihat amat wajar sekali pihak yang bertanggungjawab harus meletak jawatan sebagai memikul amanah yang telah diberikan tetapi sebaliknya gagal. Jika dinegara lain, seseorang yang berkuasa keatas sesuatu kerajaan,persatuan atau sebagainya; mereka pasti akan meletakkan jawatan kerana merasakan mereka gagal sebagai seorang yang telah diamanahkan.Tetapi perkara ini tidak berlaku diMalaysia dan sudah menjadi amalan bahkan Menteri – menteri kerajaan Malaysia sekalipun begitu juga sikapnya. Apakah ini yang dibanggakan?tak malukah anda berada dikerusi sedangkan pihak bawahan memandang anda seorang yang tidak layak?apakah perlunya satu reformasi dari pihak bawahan sehingga perlu digulingkan?.
Saya sebagai rakyat malaysia sendiri sudah tidak ambil kisah lagi tentang bolasepak dimalaysia kerana kecewa dengan apa yang berlaku.Dan saya sekarang pun tidak faham dengan sistem bolasepak kita yang sentiasa berubah – ubah.Satu masalah yang hendak saya keutarakan adalah soal gaji.Jika kita perhatikan, walaupun sesebuah pasukan itu memperoleh kejayaan yang membanggakan, kenapa mereka tidak diberi imbuhan yang sewajarnya?.Kenapa gaji pemain masih ditakuk lama?kenapa bila diusul soal gaji pemain,alasan mereka..patriotik.Sedangkan pemain pun inginkan pendapatan yang lumayan.Apakah hanya pemain sahaja perlu patriotik?pegawai pula bagaimana?kenapa gaji presiden itu dan ini tinggi -tinggi?
Cadangan saya, sebagai menghormati orang yang punya pengaruh menguasai sesuatu badan, elok kiranya melantik mereka sebagai penasihat.Jangan letakkan mereka sebagai penggerak. Cukup sekadar memberi idea dan sumbangan yang sewajarnya.
Harapan kami sebagai rakyat malaysia, Diharap FAM dapat menjana pasukan bola sepak setanding Jepun dan Korea Selatan.Tubuh badan bukanlah ukuran sebenar.Mungkin kita tidak mampu sehebat England tapi jangan sampai selemah Timor Leste.

Komen ini adalah hasil nukilan sebelum Malaysia dibelasah teruk pada tahun 2007

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s