Menjadi kebiasaan pabila mereka merasakan parti mereka sudah hampir tertumus (tersungkur), Mereka akan tunjuk seolah – olah merekalah hero yang menjaga institusi Raja Melayu. Kalau PAS, KEADILAN, DAP melayang salakan mereka PR akan jadi macam mereka juga akan membisingkan keadaan. Biar mereka menyalak seorang diri. Lama – lama berhentilah tue. Samalah dengan anjing yang menyalak apabila kita berjalan, jika dilayan makin kuatlah salakan itu. Rakyat semua tahu perangai UMNO, merekalah yang menjadi pengkhianat kepada bangsa melayu sendiri.
Saya juga merupakan hamba yang meminati karektor Raja Nazrin, bukan kerana dia hensem atau ada kepentingan tetapi Beliau adalah raja yang berjiwa rakyat. Bukan itu saja, beliau merupakan seorang yang berpendidikan serta sensitif terhadap sistem kehakiman yang pincang. Saya tidak berapa tahu secara jelas apakah benar tindakan MB Perak itu atau adakah benar tindakan yang dibuat oleh RAja Nazrin. Apa yang saya tahu sebagai rakyat biasa, Bila terbaca tentang pandangan Karpal Singh serta tindakan RAja Nazrin secara jujur terdetik dihati, apakah Kerajaan PR adalah tunggul kayu yang tak boleh membuat apa – apa perubahan sekiranya perlu? meletakkan orang yang tidak boleh memberi kerjasama?
Saya bimbang, suatu masa nanti jangan negara kita menjadi seperti NEPAL yang rajanya tidak lagi berkuasa serta dimalukan sedemikian rupa. Adakah perkara ini akan terjadi 50tahun atau 100tahun akan datang? saya percaya sekiranya UMNO masih lagi berkuasa perkara itu tidak mustahil berlaku. Tetapi saya terlalu yakin dengan PAS yang tidak berpura – pura didalam membela apa yang perlu dibela. Sedikitpun tidak ada kepercayaan kepada cara kepimpinan UMNO dalam mendaulatkan Institusi diraja. Apapun, saya amat berharap Raja – raja lebih berhati – hati agar tidak terpedaya dengan politik rakyat diluar istana sana. Jadilah raja yang disanjung oleh semua rakyat. Jangan bertindak mengikut nasihat yang tidak betul dari penasihat yang tidak betul.
Salam
Leave a comment
No comments yet.
Leave a Reply