Mufti: apa kata saya?


Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tulisan saya ini mengkritik mufti. Tetapi kritikan ini bukan atas isu agama tetapi soal politik. Atas isu agama, saya menyokong apa saja yang para mufti putuskan. Kerana mereka lebih arif tentang agama. Tetapi jika soal politik, ini bukanlah kepakaran para mufti. Kerana mufti tidak termasuk dalam politik secara teknikalnya.

Sejak dua menjak ini, nampaknya Mufti Perak amat berminat memberi komen tentang Politik. Pertamanya tentang rampasan kuasa. Yang kedua tentang kerajaan perpaduan. Saya percaya Mufti memberi pandangan tanpa berpihak kepada sesiapa dan saya juga percaya mufti memberi pendapat tanpa ada kepakaran dalam situasi politik semasa. ini yang membuatkan komen mufti agak tidak tepat. Saya tidak mahu ulas panjang lebar kerana telah ramai rakyat sekeliling mengulasnya.

Dan yang terbaru tentang Isu Debat. Katanya Muzakarah jalan terbaik. Persoalannya, Muzakarah dapat selesaikan masalah antara PAS dan UMNO. Tetapi kekeliruan rakyat, bagaimana? Masalah sekarang ialah rakyat yang keliru. Kekeliruan itu yang perlu dirungkai dengan debat. Jangan kata muzakarah saja cara yang betul. Semua cara kena buat. Debat ke.. muzakarah ke.. Muqabalah ke.. . Bukannya debat tak baik muzakarah baik. Biarkanlah orang politik berdebat, bermuzakarah, bermuqabalah. Tau ler orang politik uruskan. Lagipun bukan kecik – kecik anak ilmuan pemimpin PAS yang diatas. Mereka lebih arif.

Rumusan saya, biarlah para mufti memberi pandangan yang lebih adil. jangan beri pandangan dari sudut hatinya saja. Saya tidak setuju 100% dengan pandangan mufti tentang kerajaan perpaduan. Hujahnya, biar tok guru yang jawab. Saya yang jahil pun faham tentang apa yang berlaku dalam politik. Harap para mufti memberi pandangan dengan apa yang mereka arif. jika tak arif jangan bagi pandangan.

Wassalam.

Pandangan: idrissamk.wordpress.com

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s