PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa? // Blog Tok Guru


Sebagai rakyat yang mengikuti perkembangan PAS, terasa benar dahaga kepada perubahan. Nampaknya, PAS sudah ingin keluar dari kepompong politik puak. Maksud politik puak bukan PAS berpuak – puak tapi kepimpinan dan aktivis seronok dengan golongan mereka sahaja. Baik di Surau mahupun dalam jemaah PAS sendiri. Jika anda seorang yang jahil jangan harap dapat bersama organisasi PAS ini. Kerana anda tidak akan dihargai. Lainlah anda ada benda hendak disuruh dalam aktiviti parti seperti tukang pegang bendera ke.. .

Rakyat belum kenal PAS

Di Bagan Pinang sendiri TGNA kata masih ramai rakyat yang tidak kenal PAS. Itulah puncanya. Apa yang Pemimpin tempatan buat? tak buat kerjakah? atau syok sendiri dengan jemaahnya?. Ini bukanlah auta tapi realiti.

Berapa puluh tahun PAS ditubuhkan, sewajarnya PAS menjadi juara sebagai pemimpin yang akan memimpin PR tetapi sebaliknya PKR yang umur setahun jagung yang mengetuai PR. Cuba fikir – fikirkan logiknya. Kenapa terjadi begitu? jawapan ada ditangan Pemimpin PAS.

Kenyataan Lim Kit Siang

“Pakatan Rakyat had been suffering a prolonged and unceasing bout of loss of public confidence in the past eight months because of the failures of Pakatan Rakyat leaders to exercise responsibility and discipline in their respective parties to convince the Malaysian electorate in its credibility, cohesion, integrity and common sense of purpose.

To restore public confidence in Pakatan Rakyat, PR component parties should seriously consider making a 10 or 20-year commitment to abide by the PR common principles and to impose discipline among their leaders to uphold and protect PR image, credibility and integrity.”

didalam blognya ada benarnya. Saya telah mengikuti perkembangan PAS sejak dari tahun 1993. Waktu itu umur saya masih 15tahun.  Sekarang sudah 31tahun. Saya melalui zaman kepimpinan Allahyarham Ustaz FAdzil Noor. Peringkat awal saya mengenali PAS saya tidak suka akan Allahyarham. Mungkin dari segi fizikal tak nampak ciri – ciri kepimpinan. Tapi apabila mengikuti kepimpinannya jelas terasa dan nampak kehebatannay. Sehinggalah saya sendiri suka akan caranya memimpin. Jika dari seseorang individu tidak suka kepada suka itu bermakna ada kehebatan dalam diri seseorang itu dan jika daripada suka kepada tak suka maka kepimpinannya ada masalah. Begitu juga TGHH, berlaku sebaliknya. Saya tidak nampak kepimpinannya penuh wibawa. Seperti kata Dr. Abd Aziz Bari- bukan ketokohan agama nya yang di pertikaikan tetapi kepimpinan. Seseorang pemimpin haruslah membawa kejayaan sebagai KPI kepada kepimpinannya. Jika sebuah kerajaan negeri yang sudah dipegang boleh terlepas pasti ada sesuatu yang tidak kena pada kepimpinannya.

Tengok saja kepimpinan DSAI, apabila dia keluar dari penjara, banyak perkara yang berlaku. Dan kejayaan besar berjaya diraih. Apa yang terjadi bukanlah sengaja tapi dirancang. Malaysia memerlukan pemimpin yang hebat.

Disiplin

Sewaktu Dr. Hassan Ali menjadi Naib Presiden, beliau gagal menterjemahkannya. Kemudian sekali lagi Dr Hassan Ali gagal memimpin PAS Selangor dengan beberapa isu. Berkenaan penjawat awam dimalukan itu sebenarnya tak perlu dirisaukan jika tak buat salah. Kenapa terjadi begitu sebab penjawat awam pening kepala nak auta depan Selcat. Tak perlu nak tunjuk yang PAS adalah juara orang Melayu. Jangan ikut rentak UMNO sebaliknya perjuang perkara yang hak. UMNO memang perangai dia bukan buat kerja kerana dasar perjuangan tapi atas dasar ada agenda tersembunyi. Jika tak ada keuntungan padanya jangan harap dia nak buat baik. UMNO niey pemimpin dia suka pada buat duit jea. Jika perkara itu boleh menguntungkan dia akan buat. Jika tak dapat apa – apa manfaat..hmmmm.

PR perintah rakyat senang

Sejak PR memerintah di 5buah negeri suasana politik telah berubah. UMNO panas punggung. Jadi, sewajarnya rakyat harus beri kemenangan kepada PR sekali lagi. Bukan apa, jika PR menang rakyat yang untung kerana PR dan BN akan berlumba – lumba tolong rakyat tapi jika sebaliknya, rakyat dipandang sepi. Masih ingat lagi sewaktu mereka menang besar, memang sakit hati. Langsung tak dengar suara rakyat. Tapi sejak PR memerintah UMNO tidak lagi buat sesuka hati.

Berbalik kepada persoalan EGM-Oleh itu, wajar sangat EGM atau samawaktu dengannya diadakan seperti saranan TGNA. Tapi rasanya jika diadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat tidak akan selesaikan masalah. Pengundian adalah jalan terbaik seperti saranan TGNA. Takkan Pemimpin Pusat akan mengundi untuk buang pemimpin bermasalah?. Pasti tidak akan berlaku. Sewajarnya serah kepada ahli seperti saranan TGNA.

Wassalam,

idrissamk.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s