Tindakan PKR memecat YB Zulkifli Noordin adalah satu tindakan tepat dan bijak. Sewajarnya banyak lagi pemimpin bermasalah yang perlu dipecat agar PKR lebih nampak bermaruah.
PKR harus merancang serta mengatur strategi serta memperkemas rentak permainan. Kita sudahpun berada diposisi memperkemas barisan hadapan untuk berperang. Pihak musuh akan menyerang DSAI dan TGNA secara bergilir – gilir. Kemudian akan menyerang setiap negeri PR secara bergilir – gilir. Dan jadikan badut dalam PKR untuk menyerang PKR. Menjadikan isu semasa sebagai alasan untuk melompat parti.
Strategi mereka ada sedikit perbezaan dibawah PM c42ya. Pastikan taktik serangan kita juga berbeza. Sewajarnya, ramai pemimpin hebat yang  menyertai PKR harus digembleng tenaga mereka untuk mengetuai angkatan perang. Jangan simpan buat pekasam.
Banyak aktiviti Parti sebelum menang nampak kusam dan masam. Siapa yang ditugaskan untuk mengemaskini setiap jentera?.
Kesilapan yang lalu tak perlu diulang. Yang paling ketara kesilapan memberi jawatan kepada orang yang gila kuasa sebaliknya mereka yang berjuang untuk parti diabaikan.
Sebagai contoh pelantikan Ahli Majlis daerah sewajarnya dibawa berunding didalam mesyuarat parti untuk menentukan siapa yang layak diberi peluang. Bukan kepada siapa yang kuat melobi. Itu kita kira diperingkat bawah. Peringkat atasan pula sama juga ceritanya. Cuma, Pangkat dan habuan saja berbeza.
Drp: Idrissamk.wordpress.com
Leave a comment
No comments yet.
Leave a Reply