Statistik pengundi di Dun Zul Nordin (Kulim Bandar Baharu)


PARLIMEN  P18  BANDAR BAHARU KULIM
Jumlah Pengundi Berdaftar : 52127 orang
Melayu Cina India Dll
% Pengundi layak/kaum 69.47 18.6 11.76 0.18
Jumlah pengundi yg layak 36210 9695 6129 93
% keluar mengundi/kaum 72 91 81.5 62.1
Jumlah Undi 39949
Undi Diperolehi /Parti
PKR 22255
BN 16672
Majoriti 5583
Undi Rosak 1022
Analisa yang mengundi/kaum
Melayu CINA INDIA DLL
Jum pengundi yg mengundi 26071 8824 4996 58 39949
% sokong PKR / kaum 44 85 75.5 57
Jum Undi Tolak UR 25221 8671 4981 54 38927
PKR 11097 7370 3758 30 22255
BN 14124 1301 1223 24 16672
Undi Rosak (UR) 850 153 15 4 1022
26071 8824 4996 58 0 39949
Jumlah Undi Diperolehi oleh PKR
MELAYU 11097 BEZA
BUKAN MELAYU 11158 61
Jumlah 22255
Catatan: Kemenangan Zulkifli Nordin di Kulim Bandar Baharu adalah sedekah daripada para KAFIR.

Amat jelas sekali, kemenangan Zul di P18 adalah kerana sedekah dari para KAFIR. Statistik tidak akan berbohong. Saya akui mungkin terjadi ralat margin dalam kadar 1%. Itu adalah fakta. Kalau tidak percaya, cubalah cari balik slip keputusan dan kehadiran pengundi dari setiap kawasan/peti undi. Orang Melayu/islam yang menyokong PKR, bukan Zul hanya 44%. Kaum Cina 85% dan India 75%. Malahan, tengoklah sendiri jumlah undi yang diperolehi PKR dari Melayu dan Kafir. Lebih banyak undi dari kafir berbanding Islam.

Jadi, soalan saya untuk Zul,

  1. Pernahkah kamu memperjuangkan isu kemanusiaan sejagat? Pernahkah anda bangkitkan isu tentang masalah yang dihadapi oleh Kafir di kawasan anda selama 2 tahun ini?
  2. Adakah ini Jihad cara baru? Cara Zulkifli Nordin? Menang dengan Undi Kafir kemudian khianati dan pijak kepala para kafir dan juga para pengundi Islam yang telah mengundi kamu/PKR.
  3. Apakah sumbangan kamu kepada manusia sejagat selama 2 tahun ini? Menceroboh Majlis Bar council. Membawa usul pindaan akta yang berkaitan dengan Islam. Adakah bagi anda manusia sejagat bermakna hanya Islam? Kalau begitu, semasa mengemis untuk undi menjelang PRU 12 dulu, anda patut katakan, “Saya tidak perlukan undi para Kafir.” Tidak pernah saya dengar kata-kata begitu.
  4. Siapa pengkhianat? Kamu atau PKR atau para penyokong PKR yang telah mengundi kamu? Siapa yang telah khianati amanah yang diberikan??? Amanah diberikan kepada PKR, kerana prinsipnya dan bukan kepada Zul yang tidak berprinsip. Kalau anda tidak setuju dengan prinsip PKR: Keadilan untuk semua, anda patut menolak tawaran bertanding dulu. Ini tidak, jawatan nak, prinsip parti tidak boleh ikut.
  5. Adakah kamu layak ungkitkan isu, hak asasi manusia? Kamu tidak pernah hormati hak asasi bukan Islam, bagaimana dan kenapa anda salahkan semua pihak? Kamu berhak mempertahankan agama kamu tetapi bagaimana dengan hak bukan Islam untuk mempertahankan hak mereka?
  6. Sebagai peguam anda tidak dapat membezakan antara kes disiplin dengan kes agama. Andalah satu-satunya peguam yang  mengatakan, kamu berhak memilih hakim yang akan mengadili kes anda. Adakah mahkamah syariah membenarkan anda memilih hakim yang akan mendengar kes anda?
  7. Kamu katakan bahawa, orang Islam (adakah ianya kamu seorang sahaja) kecewa dan marah kerana seorang hakim bukan Islam mengadili kes isu penggunaan perkataan állah’. Kamu katakan sepatutnya seorang hakim Islam yang patut mendengar kes tersebut. Andainya benar, seorang hakim Islam mengadili kes tersebut dan keputusannya sudah pasti berpihak  kepada Islam: Bagaimana dengan perasaan orang Kristian? Bukankah mereka juga ada perasaan marah dan kecewa dan dimalukan dan dihina? Inikah nilai manusia sejagat mengikut kamus anda?
  8. Anda pernah kata: http://www.malaysiakini.com/news/123551 kamu akan meletakkan jawatan. Tengoklah sendiri. Sungguh mengharukan.Tetapi hakikat amat berbeza dengan kenyataan.
  9. Saya tidak pentingkan jawatan? Betulkah begitu? Kenyataan pertama yang kamu keluarkan, “SAYA TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN”. Pelik tetapi benar.

Banyak yang boleh saya katakan tentang kamu tetapi cukuplah.

Saya pernah berkempen untuk PKR di Kulim, oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk:

KAMI PARA KAFIR YANG TELAH MENGUNDI ZULKIFLI NORDIN, YANG PERNAH DATANG MENGEMIS UNTUK UNDI KAMI, DENGAN INI SEDEKAHKAN JAWATAN MP KULIM BANDAR BAHARU KEPADANYA.

Saya kata ‘sedekah’ kerana para kafir suka bersedekah, tidak kira dalam bentuk, wang ringgit, tenaga dan masa TANPA mengira agama, bangsa, keturunan atau status. Anda mungkin akan jadi jutawan, anda mungkin seorang peguam tetapi sedekah yang telah kami berikan tetap sedekah. Walau seekor anjing datang ke rumah, para kafir akan mencampakkan sesuatu untuk anjing tersebut. Untuk Zulkifli Nordin, Zahrain, Tan, Ibrahim, Hee, dan para katak yang lain, kami campakkan mereka jawatan MP.

Ingatlah bila anda semua kelangkah ke dalam Parlimen atau DUN, status anda adalah sebagai seorang PENGEMIS.

Saya tak tahu sama ada halal atau haram duit elaun MP, elaun jutaan dan lain-lain yang anda terima tetapi PENGEMIS TETAP PENGEMIS, walaupun anda seorang bergelar JUTAWAN.

ANDA BERMARUAH? BAGAIMANA DENGAN KAWAN-KAWAN ANDA, ZUL?

SIAPA YANG JADI BAPA AYAM?

Tulisan saya ini tidak bermaksud menyinggung perasaan mana-mana orang Islam yang benar-benar memperjuangkan agamanya. Saya hanya mengutuk manusia yang menggunakan agama sebagai topeng mereka.

Sekian.

Selamat Membaca.

p/s Zul, Tolonglah jangan pakai kopiah itu, Saya amat hormati TGNA dan ramai lagi Tok Guru yang berwibawa.Bila saya melihat kamu, rasa hormat saya kepada mereka juga semakin terhakis kerena anda sesaudara Islam.

petikan niey diambil daripada surat pembaca di Malaysia Today. So wa paste untuk tatapan dan rujukan. Dan nak send juga kat sedar Zul Nordin kite yg dilamun angau kejap tue.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s