Mazlan Aliman ditahan Polis


Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman ditahan polis -lihat Harakah.

Ulasan;

Nampaknya seorang lagi perwira dilahirkan dalam kilang Pemuda PAS yang telah lama bersinar mengikut jejak langkah bekas Ketua Pemuda yang berasal dari negerinya Johor (Sdr Sallehuddin Ayub) yang merupakan seorang pejuang yang amat saya kagumi. Tapi sampai sekarang belum dapat pangkat datok lagi. Perasuah – perasuah dah banyak dapat pangkat Datok.

Mazlan Aliman seangkatan dengan Sallehudin Ayub. Disini saya nak ucapkan tahniah!!bukan tahziah kepada sdr Aliman kerana ditangkap polis sebagai seorang ahli politik merupakan satu Pengiktirafan yang tinggi @ Oscar jika dikira artis.

Bila lagi pulak aku nak ditangkap polis? Kenapa bagusnya ditangkap polis? banyak yang menariknya- Karier politik aku mungkin naik. Hit blog aku pun glamer dan meletup. Macam blog Adika Taruna dan lain – lain lagi. Tahniah juga kepada polis kerana tolong glamerkan pemimpin PR. Hari – hari ada tangkapan ahli politik pasti ramai pemimpin PR yg berkaliber yang akan dipopularkan.

Itulah ciri – ciri kenapa pemimpin PR lebih polular dari pemimpin UMNO. Bila banyak pemimpin PR ditangkap, bila ada pilihanraya tak lah susah nak letak calon sebab dah glamer.

Masih ingat lagi sewaktu pilihanraya ke 12 yang lalu, Beliau menjadi calon di Bera. Sempat juga aku melihat sendiri Sdr Mazlan berkempen di Felda Triang 2. Waktu itu aku, ayah dan ibu membawa calon Cucu Mat Kilau berkempen. Walaupun kedua – dua kalah tapi jiwa Pahlawan didalam diri mereka tetap kental.

Cucu Mat Kilau tak kurang glamer dan hebat juga. Blognya juga ingin disaman. Sehingga popularlah juga beliau. Seronok tengok pemimpin – pemimpin ini bekerja dan berkhidmat untuk rakyat. Inilah contoh yang aku tengok untuk panduan aku berpolitik walaupun secara tidak agresif seperti mereka.

Di Lembah Klang pula, aku sedikit sebanyak dapat membantu menggerakkan gerak kerja  DUN Seri Setia dengan membantu calon YB Nik Nazmi memenangi pilihanraya yang lalu. Masa bersama YB Nik tidak akan aku lupa sewaktu edar risalah di Pasar Malam di sekitar Sunway Piramid. Walaupun beliau juga bergelar YB tetapi beliau tetap seperti dulu.

Kesimpulannya, kepada peneroka atau anak felda yang tidak mengundi calon seperti sdr Mazlan Aliman berfikirlah kembali. siapakah yang anda harus hantar suara anda ke Parlimen?.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s