Lompat: Jgn gelabah (Karpal Singh serang semua orang)


Kelakar pun ada bila tengok KARPAL SINGH menyinga dalam tv. Habis manusia dimarahnya. Dia saja yang betul. Dimarahnya DSAI, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng. Dibenci oleh UMNO kerana Saman Raja, Dibenci PAS kerana isu Hudud, dibenci KEADILAN kerana salahkan Anwar..kini, DAP pun dah mula benci dia sebab dimarahnya pemimpin DAP sama. Sekarang KARPAL kena buat Parti sendiri lah gamaknya. Sebab semua orang tak betul. Tak bijak. Dibuka pekung kepada musuh. Mengelabah. Baru jea sikit UMNO usik dia pulak yang mengelabah. Pemimpin PR seperti DAP, PAS dan KeADILan cool jea menangani setiap isu bersama. Dia jea sorang keras kepala. Dimarah DS Anwar kerana isu 16sept, memang Karpal tidak cerdik. Klu tak isu itu pun memang dah perangai UMNO suka beli ADUN. Bukan pertama kali terjadi. Dia pun tahu sejarah. Anwar hanyalah alasan. Dimarah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Katanya tak dengar kata dia sebagai Pengerusi DAP. Orang lain boleh bertolak ansur didalam satu Pakatan Rakyat kenapa kepala dia saja nak kena ikut. Itu menunjukkan Karpal sorang jea yang tidak menangani isu HUDUD dengan cermat. Diberi kata dua kepada PAS tentang isu Hudud. Tersinggung pula umat Islam.

Persoalannya, adakah Karpal ini dikategori sebagai kafir apa? adakah kafir yg wajip diperangi? Harap Ulama dapat bagi tafsiran tentang status kafir ini.

Ampun Tuanku: apa yg jadi?


Sebagai warganegara malaysia yg amat menyanjung tinggi institusi beraja di Malaysia berasa terpanggil untuk menyatakan isi hati rakyat yg melihat dengan mata kepala apa yg terjadi dibawah.

Terasa terkilan pun ada, kecewa pun ada melihat situasi yg berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan. Sejarah mengajar kita betapa keruntuhan institusi beraja dan keutuhannya bergantung kepada situasi bagaimana pihak istana menanganinya. Bagi suasana di Malaysia, sebenarnya sayang kepada parti lebih daripada sayang kepada raja itu sendiri jika raja tidak dapat memutuskan dengan keadilan. Kita lihat bagaimana berlaku di negeri Kelantan dimana jika kita tanya adakah anda menyokong istana atau parti yang anda anuti? pasti mereka lebih cenderung menyokong parti yang mereka anuti (jika berlaku perselisihan antara institusi raja dengan parti politik). Ini adalah realiti.

Sepanjang pemerhatian saya secara tidak langsung tentang peranan raja/kerabat diraja didalam pentadbiran diMalaysia, sedikit berasa bangga kerana telah terdapat perubahan yg agak ketara dimana Raja2 muda berfungsi sebagai penasihat/teguran yg membina samaada didalam isu ekonomi atau sebaliknya. Sebagai contoh: Raja Nazrin sering bertitah berkenaan perkara yg berlaku mengikut realiti semasa. Ini bermakna raja bukan lagi satu tempat dimana mereka hanya menerima sepenuhnya apa yg diserahkan kepadanya. Sultan sendiri tidak lagi menerima bulat2 nama2 yg dicadangkan untuk menjadi MB. Lihat isu Perlantikan MB di Trengganu dan Perlis. Perkembangan ini adalah sangat baik dlm meneruskan lagi survival institusi beraja dlm pentadbiran Malaysia. Sedikit kesilapan dalam menangani setiap isu akan membunuh sistem beraja itu sendiri.

Sebenarnya, institusi beraja tidak lagi boleh bergantung kepada parti politik melayu seperti UMNO kerana mereka adalah talam dua muka dan sering berwajah musang berbulu ayam. Selalu isu2 seperti ini memihak kepada UMNO. adakah ini sengaja? pasti ada sesuatu yang tidak kena. Sedangkan rakyat tahu hati budi UMNO. Yang tercemar adalah institusi beraja itu sendiri.

Pendek kata, sekarang ini rakyat sudah bijak menilai setiap perkara yang berlaku. Tuanku Sultan tidak boleh lagi berpihak pada mana2 parti. Realitinya rakyat tahu. Jangan jadi UMNO yg ingin bodohkan rakyat tetapi dia tidak tahu bahawasanya rakyat nampak mereka BODOH. Patik mengharap sangat kekalkan ketuanan beraja serta bertindak adillah demi kemakmuran negara, institusi beraja di Malaysia masih utuh untuk tempoh masa yg lama agar tidak ditelan zaman.

Ampun Tuanku! Ampun Tuanku! Ampun Tuanku!