Program Jelajah Pasar Malam


Edar Risalah AMK Kelana Jaya

Inilah secebis gambor yang sebahagian lagi tak bleh ditunjuk sebab terlalu hensem.

Harap AMK akan kembali menggegar peta politik Kelana Jaya dengan pelbagai aktiviti – aktiviti semasa

Pic Konvoi Merdeka ke Penang


Gambar niey diambil semasa konvoi ke kongres Parti Keadilan Rakyat pada 31hb Ogos 2006 dari Rawang ke GeorgeTown (Penang).

Hebat!!!! memang hebat….. hari tue mase memandu tak terasa letih pun. Seronok tue memang seronok sangat. Aper tak nyer pergi sana seme sponsor. Bawak telor aje…ha..hah.

Yang baju hitam tue akula…(sham), Faisal mustaffa (seluar pendek), baju oren tue (Halimi) dan sorang lagi tue yg baju t-kolar (Harmoni)

Heret Bush kemuka pengadilan!!


Insiden yang menyayat hati bagi umat islam yang mengakhiri penghujung tahun 2006 tidak lain dan tidak bukan isu hukuman gantung Saddam Hussein oleh rejim yang dikepalai oleh AS. insiden itu membangkitkan kemarahan umat islam seluruh dunia amnya dan umat islam yang bermazhab sunnah khasnya. hukuman itu tidak dapat diterima bukan kerana mereka menyayangi Saddam Hussein, bukan kerana Saddam itu fahaman Sunnah, bukan kerana Saddam hero umat islam, bukan kerana Saddam disayangi oleh umat islam tetapi kerana hukuman itu sengaja dibuat secara hina dan tidak adil serta tidak sah disisi perlembagaan iraq itu sendiri.

Ada beberapa pengajaran yang perlu kita ambil iktibar disini. Pertamanya, kenapa AS berani berbuat demikian?. mengapa mereka tidak gentar dengan tindakan itu?. Punca segala apa yang berlaku tidak kiralah isu Saddam Hussein, Isu Palestin, Isu Somalia dan sebagainya adalah kerana umat islam tidak bersatu. Kenapa tidak bersatu? itupun menjadi punca juga. Kerana tampuk pemerintahan disetiap negara Islam diterajui oleh mereka yang berfahaman sekular (boneka Amerika) samaada secara tersurat atau tersirat. Itulah yang perlu difahami oleh setiap umat islam seluruh dunia samalah kita diMalaysia juga. Wajip diberi kemenangan kepada Parti yang memperjuangkan agenda Islam bukan agenda sekular. Selama mana umat islam memberi kemenangan kepada golongan sekular, tak usahlah dibuat bermacam seminar, dialog, komentar, resolusi, demo dan bermacam lagi. kerana itu hanyalah bermuka. Persoalannya Islam perlu diberi kuasa. Islam perlu diberi tempat. Islam perlu diberi ruang. Letakkan pemimpin yang meletakkan islam sebagai asas perjuangan sebagai pemimpin negara. Secara tak langsung itulah usaha anda untuk kemenangan ISLAM.

Oleh itu, umat islam wajip memberi bukan sahaja sokongan tetapi undi kepada gerakan islam tanpa perlu lagi berasa marah dan kemarahan itu dilontar didalam dialog, seminar atau apa – apa diskusi.

Dan umat islam diseluruh dunia wajip mengheret Bush ke mahkamah keadilan Islam dimana – mana negara Islam. Kerana Bush telah melakukan jenayah kemanusiaan yang jelas melanggari segala jenis undang – undang samatelah undang – undang antarabangsa sekalipun. Apa yang kita perlu harapkan dengan PBB?. Mereka akan bertindak sekiranya negara umat Islam yang membuat silap dan menutup sebelah mata kepada negara bukan islam yang melakukannya.

Penyelesaiannya, kita perlu bersatu memberi kemenangan kepada pejuang Islam samaada melalui pilihanraya atau sebaliknya. Dan heretlah Bush kemuka pengadilan. Jika tidak berjaya, darah Bush wajip dibunuh.

Marilah wahai orang muda dalam Perjuangan!!


Cuba anda bayangkan ketika anda diusia 50an. Melihat segala kepincangan disekeliling anda, dan anda hanya mampu mengeluh tanpa mampu lagi untuk memberi sumbangan tenaga tidak seperti diusia muda. Oleh itu, sedarilah wahai generasi muda, gunalah akal dan tenaga muda anda untuk memberi manfaat kepada pembangunan negara. Perlukah kita melihat dan memerhati sahaja usaha kawan – kawan kita yang lain tanpa kehadiran kita bersama?.Wujudkanlah dalam diri anda rasa bersalah dan keinsafan untuk bersama memberi sumbangan yang sewajarnya. Tidak perlu lagi dengan seribu alasan, beratus sebab untuk tidak memberi sedikit kudrat pada yang memerlukan.

KeADILan:Wajar mendahului segala isu


Komentar ini buat renungan reformis keADILan semua.Jika kita lihat lihat situasi disekeliling kita, sewajarnya kita harus melihat diri keADILan dengan lebih jauh lagi. Jika UMNO dengan Melayunya!, Jika PAS dengan ISLAMnya atau jika DAP dengan Malaysian Malaysianya.Masing – masing dengan Matlamat mereka sendiri.Wajarlah keADILan memainkan peranan sebagai Parti yang memperjuangkan Agenda Melayu, Cina, India dan sebagainya dan patut mendahului daripada yang Melayu lebih dari Melayunya, Yang Islam lebih dari Islamnya.Kerana apa ini dihujahkan?.Kerana terdapatnya anggapan yang negatif terhadap antara satu parti dengan parti yang lain. keADILan punya kelebihan tentang perkara ini. to be continue…………………sambung man…..