Siapa diri Zul Nordin?


Hari itu pun di rumah DSAI, semasa berkumpulnya ramai para ilmuan yang mengutarakan hujah masing-masing, dia hanya diam seribu bahasa. Kalau menurut pujangga Melayu, diam itu tandanya setuju. Bila sudah selesai dan keluar dari sesi perbahasan, ada pula hajat untuk menunjuk kononnya dialah ‘pahlawan Melayu terakhir’.

kata – kata ini daripada YB Khalid Samad.

kenyataan beliau sama dengan apa yang dikatakan oleh Puan Presiden PKR sendiri. Jadi, kitalah yang menilai hero tanda tanduk.

Mazlan Aliman ditahan Polis


Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman ditahan polis -lihat Harakah.

Ulasan;

Nampaknya seorang lagi perwira dilahirkan dalam kilang Pemuda PAS yang telah lama bersinar mengikut jejak langkah bekas Ketua Pemuda yang berasal dari negerinya Johor (Sdr Sallehuddin Ayub) yang merupakan seorang pejuang yang amat saya kagumi. Tapi sampai sekarang belum dapat pangkat datok lagi. Perasuah – perasuah dah banyak dapat pangkat Datok.

Mazlan Aliman seangkatan dengan Sallehudin Ayub. Disini saya nak ucapkan tahniah!!bukan tahziah kepada sdr Aliman kerana ditangkap polis sebagai seorang ahli politik merupakan satu Pengiktirafan yang tinggi @ Oscar jika dikira artis.

Bila lagi pulak aku nak ditangkap polis? Kenapa bagusnya ditangkap polis? banyak yang menariknya- Karier politik aku mungkin naik. Hit blog aku pun glamer dan meletup. Macam blog Adika Taruna dan lain – lain lagi. Tahniah juga kepada polis kerana tolong glamerkan pemimpin PR. Hari – hari ada tangkapan ahli politik pasti ramai pemimpin PR yg berkaliber yang akan dipopularkan.

Itulah ciri – ciri kenapa pemimpin PR lebih polular dari pemimpin UMNO. Bila banyak pemimpin PR ditangkap, bila ada pilihanraya tak lah susah nak letak calon sebab dah glamer.

Masih ingat lagi sewaktu pilihanraya ke 12 yang lalu, Beliau menjadi calon di Bera. Sempat juga aku melihat sendiri Sdr Mazlan berkempen di Felda Triang 2. Waktu itu aku, ayah dan ibu membawa calon Cucu Mat Kilau berkempen. Walaupun kedua – dua kalah tapi jiwa Pahlawan didalam diri mereka tetap kental.

Cucu Mat Kilau tak kurang glamer dan hebat juga. Blognya juga ingin disaman. Sehingga popularlah juga beliau. Seronok tengok pemimpin – pemimpin ini bekerja dan berkhidmat untuk rakyat. Inilah contoh yang aku tengok untuk panduan aku berpolitik walaupun secara tidak agresif seperti mereka.

Di Lembah Klang pula, aku sedikit sebanyak dapat membantu menggerakkan gerak kerja  DUN Seri Setia dengan membantu calon YB Nik Nazmi memenangi pilihanraya yang lalu. Masa bersama YB Nik tidak akan aku lupa sewaktu edar risalah di Pasar Malam di sekitar Sunway Piramid. Walaupun beliau juga bergelar YB tetapi beliau tetap seperti dulu.

Kesimpulannya, kepada peneroka atau anak felda yang tidak mengundi calon seperti sdr Mazlan Aliman berfikirlah kembali. siapakah yang anda harus hantar suara anda ke Parlimen?.

Statistik pengundi di Dun Zul Nordin (Kulim Bandar Baharu)


PARLIMEN  P18  BANDAR BAHARU KULIM
Jumlah Pengundi Berdaftar : 52127 orang
Melayu Cina India Dll
% Pengundi layak/kaum 69.47 18.6 11.76 0.18
Jumlah pengundi yg layak 36210 9695 6129 93
% keluar mengundi/kaum 72 91 81.5 62.1
Jumlah Undi 39949
Undi Diperolehi /Parti
PKR 22255
BN 16672
Majoriti 5583
Undi Rosak 1022
Analisa yang mengundi/kaum
Melayu CINA INDIA DLL
Jum pengundi yg mengundi 26071 8824 4996 58 39949
% sokong PKR / kaum 44 85 75.5 57
Jum Undi Tolak UR 25221 8671 4981 54 38927
PKR 11097 7370 3758 30 22255
BN 14124 1301 1223 24 16672
Undi Rosak (UR) 850 153 15 4 1022
26071 8824 4996 58 0 39949
Jumlah Undi Diperolehi oleh PKR
MELAYU 11097 BEZA
BUKAN MELAYU 11158 61
Jumlah 22255
Catatan: Kemenangan Zulkifli Nordin di Kulim Bandar Baharu adalah sedekah daripada para KAFIR.

Amat jelas sekali, kemenangan Zul di P18 adalah kerana sedekah dari para KAFIR. Statistik tidak akan berbohong. Saya akui mungkin terjadi ralat margin dalam kadar 1%. Itu adalah fakta. Kalau tidak percaya, cubalah cari balik slip keputusan dan kehadiran pengundi dari setiap kawasan/peti undi. Orang Melayu/islam yang menyokong PKR, bukan Zul hanya 44%. Kaum Cina 85% dan India 75%. Malahan, tengoklah sendiri jumlah undi yang diperolehi PKR dari Melayu dan Kafir. Lebih banyak undi dari kafir berbanding Islam.

Jadi, soalan saya untuk Zul,

  1. Pernahkah kamu memperjuangkan isu kemanusiaan sejagat? Pernahkah anda bangkitkan isu tentang masalah yang dihadapi oleh Kafir di kawasan anda selama 2 tahun ini?
  2. Adakah ini Jihad cara baru? Cara Zulkifli Nordin? Menang dengan Undi Kafir kemudian khianati dan pijak kepala para kafir dan juga para pengundi Islam yang telah mengundi kamu/PKR.
  3. Apakah sumbangan kamu kepada manusia sejagat selama 2 tahun ini? Menceroboh Majlis Bar council. Membawa usul pindaan akta yang berkaitan dengan Islam. Adakah bagi anda manusia sejagat bermakna hanya Islam? Kalau begitu, semasa mengemis untuk undi menjelang PRU 12 dulu, anda patut katakan, “Saya tidak perlukan undi para Kafir.” Tidak pernah saya dengar kata-kata begitu.
  4. Siapa pengkhianat? Kamu atau PKR atau para penyokong PKR yang telah mengundi kamu? Siapa yang telah khianati amanah yang diberikan??? Amanah diberikan kepada PKR, kerana prinsipnya dan bukan kepada Zul yang tidak berprinsip. Kalau anda tidak setuju dengan prinsip PKR: Keadilan untuk semua, anda patut menolak tawaran bertanding dulu. Ini tidak, jawatan nak, prinsip parti tidak boleh ikut.
  5. Adakah kamu layak ungkitkan isu, hak asasi manusia? Kamu tidak pernah hormati hak asasi bukan Islam, bagaimana dan kenapa anda salahkan semua pihak? Kamu berhak mempertahankan agama kamu tetapi bagaimana dengan hak bukan Islam untuk mempertahankan hak mereka?
  6. Sebagai peguam anda tidak dapat membezakan antara kes disiplin dengan kes agama. Andalah satu-satunya peguam yang  mengatakan, kamu berhak memilih hakim yang akan mengadili kes anda. Adakah mahkamah syariah membenarkan anda memilih hakim yang akan mendengar kes anda?
  7. Kamu katakan bahawa, orang Islam (adakah ianya kamu seorang sahaja) kecewa dan marah kerana seorang hakim bukan Islam mengadili kes isu penggunaan perkataan állah’. Kamu katakan sepatutnya seorang hakim Islam yang patut mendengar kes tersebut. Andainya benar, seorang hakim Islam mengadili kes tersebut dan keputusannya sudah pasti berpihak  kepada Islam: Bagaimana dengan perasaan orang Kristian? Bukankah mereka juga ada perasaan marah dan kecewa dan dimalukan dan dihina? Inikah nilai manusia sejagat mengikut kamus anda?
  8. Anda pernah kata: http://www.malaysiakini.com/news/123551 kamu akan meletakkan jawatan. Tengoklah sendiri. Sungguh mengharukan.Tetapi hakikat amat berbeza dengan kenyataan.
  9. Saya tidak pentingkan jawatan? Betulkah begitu? Kenyataan pertama yang kamu keluarkan, “SAYA TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN”. Pelik tetapi benar.

Banyak yang boleh saya katakan tentang kamu tetapi cukuplah.

Saya pernah berkempen untuk PKR di Kulim, oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk:

KAMI PARA KAFIR YANG TELAH MENGUNDI ZULKIFLI NORDIN, YANG PERNAH DATANG MENGEMIS UNTUK UNDI KAMI, DENGAN INI SEDEKAHKAN JAWATAN MP KULIM BANDAR BAHARU KEPADANYA.

Saya kata ‘sedekah’ kerana para kafir suka bersedekah, tidak kira dalam bentuk, wang ringgit, tenaga dan masa TANPA mengira agama, bangsa, keturunan atau status. Anda mungkin akan jadi jutawan, anda mungkin seorang peguam tetapi sedekah yang telah kami berikan tetap sedekah. Walau seekor anjing datang ke rumah, para kafir akan mencampakkan sesuatu untuk anjing tersebut. Untuk Zulkifli Nordin, Zahrain, Tan, Ibrahim, Hee, dan para katak yang lain, kami campakkan mereka jawatan MP.

Ingatlah bila anda semua kelangkah ke dalam Parlimen atau DUN, status anda adalah sebagai seorang PENGEMIS.

Saya tak tahu sama ada halal atau haram duit elaun MP, elaun jutaan dan lain-lain yang anda terima tetapi PENGEMIS TETAP PENGEMIS, walaupun anda seorang bergelar JUTAWAN.

ANDA BERMARUAH? BAGAIMANA DENGAN KAWAN-KAWAN ANDA, ZUL?

SIAPA YANG JADI BAPA AYAM?

Tulisan saya ini tidak bermaksud menyinggung perasaan mana-mana orang Islam yang benar-benar memperjuangkan agamanya. Saya hanya mengutuk manusia yang menggunakan agama sebagai topeng mereka.

Sekian.

Selamat Membaca.

p/s Zul, Tolonglah jangan pakai kopiah itu, Saya amat hormati TGNA dan ramai lagi Tok Guru yang berwibawa.Bila saya melihat kamu, rasa hormat saya kepada mereka juga semakin terhakis kerena anda sesaudara Islam.

petikan niey diambil daripada surat pembaca di Malaysia Today. So wa paste untuk tatapan dan rujukan. Dan nak send juga kat sedar Zul Nordin kite yg dilamun angau kejap tue.

MEB vs PERKASa


‘Jauhkan MEB daripada dirampas pelampau’

Jangan bimbang kerana pelampau melayu seperti Dr. Madey, Berahim Ali dan Zul Nordin tidak mendapat sokongan 100% orang Melayu. Agenda dia akan berakhir akhirnya. Kerana aku pun Melayu yang tidak menyokong agenda Melayu. Bukan kerana aku anti Melayu tapi kerana UMNO pembohong besar. Talibarut British. Kaut harta untuk UMNO saja. Kalau dia perjuang Melayu takder la aku dan melayu lain terkial – kial nak berniaga. Aper dia buat untuk orang melayu yang nak berniaga? Kalau agenda dia tolong orang melayu maju dan berjaya aku akan sokong dan duduk belakang dia. Kalau budaya dan bahasa melayu takleh nak jaga apalah sangat DEB yang direka zaman komunis dulu tuee…

Polis gempur ceramah PR


Majlis Sambutan Ulang tahun Pakatan Rakyat WP di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru 7 Mac lalu telah di kepung oleh polis – polis yang takder pelir dan pondan yang ikut telunjuk PMc42ya yang penikus. Jadi, kita rakyat malaysia jangan harap UMNO BN dapat berubah. Sama je, pemimpin jea yang berbeza.

Cabar anak tikus


AMK Cabar Najib Patuh Fatwa Yusuf Al-Qaradawi

tajuk diatas diambil dari petikan Suara keadilan online. Persoalannya, Adakah PM c42ya orang yang berani? buang karan jea cabar Pmc42ya. Dia memang bacul dan penakut. Belakang dia ada Ayam Belanda yang rambut kembang tue. Jadi, eloknya Cd fatwa Ulama Antarabangsa tue di jual dipasaran terbuka dan bagi pada rakyat semua. Terutama semua ketua bahagian UMNO dan BN yang lain.


Sijil HALAL: bernilaikah ia..?


Sijil Halal macam kertas paper yang takder nilai. Logo terpampang dilabel adakah benar ianya tulen atau palsu? Berapa banyak syarikat yang membuat penipuan sijil halal? kenapa mereka tidak takut?

Persoalan diatas amat membosankan bagi rakyat. Kerana banyak soalan yang lain bermain difikiran dengan berbagai permasalan diMalaysia. Dimana peranan pihak berwajip? tak cukup kakitangan lagikah? mereka yang menganggur bersepah nak buat apa? jadi peragut?perompak?perogol?penghisap dadah?

Undang – undang halal dimalaysia terjaminkah? siapa yang bertanggungjawab? masih nak duduk rileks dikerusi empuk. Hari berganti hari-minggu berganti minggu-bulan berganti bulan -tahun ganti tahun. Apakah kesudahan?

Agaknya pegawai agama ni tak pernah pergi pasaraya. Ader yang tak ada logo halal. Ada logo halal luar negara. Boleh percayakah? Kenapa tidak diletakkan ditempat yang tidak halal?. Sibuk sangatkah pegawai agama?.

Zina

di Mentari Court, menjadi kebiasaan Negro membawa kehulu kehilir perempuan samaada tempatan atau indonesia. Sebenarnya bukan saja di Mentari Court saja tetapi di mana saja jika kita pergi, Orang yang bersekedudukan langsung tidak takut. Kenapa? cubalah fikir wahai sipegawai agama yang belajar tinggi dan kebanyakan belajar sampai Al – Azhar. Tak cukup gajikah?

Bila berlaku kes pembunuhan kanak – kanak dimana ibunya bersekedudukan barulah muncul kenyataan nak ambil tindakan. Yang bersepah kat lembah klang niey duk buat apa?

Hmmmm….. letih tengok pegawai agama ni. Letak lah jawatan kalau rasa tak mampu. bagi kat orang lain pulak.

Drp: idrissamk.wordpress.com

Konvensyen PR: Selangor Catat Pelaburan RM6.76B


Walaupun Malaysia dilanda kegawatan, namun Selangor mencatatkan perkembangan ekonomi dan kemasukan pelaburan yang nyata memberangsangkan.

EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri Selangor, Teresa Kok berkata Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia melaporkan pelaburan perindustrian di Selangor kekal mantap dan terus kukuh.

“Mengikut statistic MIDA, setakat 31 Disember 2009, Selangor mencapai pelaburan perindustrian yang bernilai sebanyak 6.76 bilion. Angka ini telah melebihi jangkaan 4 bilion yang disasarkan oleh kerajaan Selangor pada awal tahun 2009 selepas berlakunya kegawatan ekonomi dunia”

“Walaupun Selangor berada dalam kedudukan nombor 2 dari segi nilai pelaburan di seluruh Malaysia, yang mana kurang daripada Sarawak, kita mempunyai jumlah projek perindustrian yang tertinggi, iaitu 278 projek pelaburan di seluruh Malaysia. Angka ini bermaksud kita mendapat 36.3% atau satu pertiga daripada jumlah projek pelaburan di seluruh Malaysia”

Perangkaan MIDA ini tidak termasuk sektor perkhidmatan seperti perhotelan, perubatan, pendidikan dan logistik.

Sekiranya angka pelaburan semua sektor diambil kira, maka unjuran pelaburan MIDA untuk Selangor akan lebih tinggi.

“Selain itu, 278 projek pelaburan perindustrian ini juga mendatangkan peluang pekerjaan yang paling tinggi, iaitu lebih 20,000 di peluang pekerjaan Malaysia”

“Begitu juga dengan tahun 2008, negeri Selangor telah mencatat bilangan projek pelaburan dan jumlah peluang pekerjaan yang tertinggi di seluruh Negara, iaitu 302 projek pelaburan dan 30,980 peluang pekerjaan pada tahun 2008”

Teresa berkata, Selangor telah menyumbang 21% – 25% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia. Lebih memberangsangkan, pertumbuhan ekonomi Selangor selalunya lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Perangkaan ini juga menghancurkan tuduhan palsu yang mengatakan pelaburan di Selangor telah jatuh dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Petikan dari Laman Selangorkini

Bukti pentadbiran PR lebih baik dari UMNO. Dan terima kasih kepada Tan Sri Khalid Ibrahim (MB) diatas kerja kuat beliau bersama barisan exco serta kerjasama daripada Adun – adun yang lain.

Dari kaca mata penulis, sememangnya TSKI telah membuktikan beliau menerajui negeri Selangor dengan amat cemerlang sekali!!!. Dan pemikiran beliau senada dengan sifat dan sikap kemanusiaan. Idea beliau tentang Pembersihan dan pengindahan sungai diSelangor amat saya kagumi. Kerana telah berapa lama idea dari kepala otak ini hanya beku dalam kepala otak kerana tidak ada kuasa. Kebetulan pula yang berkuasa sekarang telah melaksanakannya.

Jangan bimbang tentang sokongan, tinggal lagi war -warkan apa yang kerajaan PR buat.

Drp: idrissamk.wordpress.com

Harussani: Ufti UMNO


Siapa kenal Mufti Perak? Siapa kenal Harussani? seorang UFTI UMNO yang tak tahu malu. habis dijaja seantero alam kata PAS angkuh tolak kerajaan perpaduan yang ditawarkan.

Aperlagi harussani. Tak abih – abih jadi balaci UMNO. dah ler…. . banyak perkara nak dibuat. Negara Malaysia dah jadi cacamarba. Buatlah jasa sikit yang berguna. Perkara yang boleh disebut orang bila mati nanti.

Bila orang dah takder respek aper lagi duk kat kerusi empuk tue. tak reti nak turun – turun?

Drp: Idrissamk.wordpress.com

Tindakan bijak: Move PKR move


Tindakan PKR memecat YB Zulkifli Noordin adalah satu tindakan tepat dan bijak. Sewajarnya banyak lagi pemimpin bermasalah yang perlu dipecat agar PKR lebih nampak bermaruah.

PKR harus merancang serta mengatur strategi serta memperkemas rentak permainan. Kita sudahpun berada diposisi memperkemas barisan hadapan untuk berperang. Pihak musuh akan menyerang DSAI dan TGNA secara bergilir – gilir. Kemudian akan menyerang setiap negeri PR secara bergilir – gilir. Dan jadikan badut dalam PKR untuk menyerang PKR. Menjadikan isu semasa sebagai alasan untuk melompat parti.

Strategi mereka ada sedikit perbezaan dibawah PM c42ya. Pastikan taktik serangan kita juga berbeza. Sewajarnya, ramai pemimpin hebat yang  menyertai PKR harus digembleng tenaga mereka untuk mengetuai angkatan perang. Jangan simpan buat pekasam.

Banyak aktiviti Parti sebelum menang nampak kusam dan masam. Siapa yang ditugaskan untuk mengemaskini setiap jentera?.

Kesilapan yang lalu tak perlu diulang. Yang paling ketara kesilapan memberi jawatan kepada orang yang gila kuasa sebaliknya mereka yang berjuang untuk parti diabaikan.

Sebagai contoh pelantikan Ahli Majlis daerah sewajarnya dibawa berunding didalam mesyuarat parti untuk menentukan siapa yang layak diberi peluang. Bukan kepada siapa yang kuat melobi. Itu kita kira diperingkat bawah. Peringkat atasan pula sama juga ceritanya. Cuma, Pangkat dan habuan saja berbeza.

Drp: Idrissamk.wordpress.com