Reformasi PKR


Beberapa perubahan perlu dibuat supaya PKR lebih mantap. Kerana masih banyak perkara yang perlu dibuat

antara beberapa cadangan yang dibuat:

1. PKR Pusat perlu mengarah cawangan – cawangan disetiap tempat tidak hanya menubuh cawangan saja tetapi mesti peka dengan masalah setempat dan mestilah jadi mata dan telinga antara rakyat dengan PKR. ini kerana saya perhatikan banyak cawangan PKR tetapi mereka hanya aktif diatas kertas tetapi tidak berfungsi sepatutnya. Mungkin perlu diadakan kursus atau seminar.

2. Unit Squad Angkatan Muda teramat lemah dan tidak karismatik serta tak ada daya saing. Squad Angkatan Muda (SAM) perlu dibuat perubahan menyeluruh. Tukar kepimpinan. Buat pengubahsuaian dan penjenamaan semula. Jadikan SAM berfungsi seperti Unit Amal PAS. Atau lebih hebat lagi dari itu.

3. Laman web Angkatan Muda tidak ada akses untuk komen atau komplen. Sepatutnya AMK lebih hebat dari pusat.

4. Pemimpin Pusat harus peka dengan setiap kelemahan Perhubungan peringkat negeri, Negeri – Bahagian, Bahagian – Cawangan. Kerana masih terlalu lemah serta tidak berdaya maju dan tidak ada dinamik didalam

5. Wujudkan unit perubatan seperti St. John Ambulans, Bulan Sabit Merah.

 

Isu Raja: Salakan UMNO usah dilayan


Menjadi kebiasaan pabila mereka merasakan parti mereka sudah hampir tertumus (tersungkur), Mereka akan tunjuk seolah – olah merekalah hero yang menjaga institusi Raja Melayu. Kalau PAS, KEADILAN, DAP melayang salakan mereka PR akan jadi macam mereka juga akan membisingkan keadaan. Biar mereka menyalak seorang diri. Lama – lama berhentilah tue. Samalah dengan anjing yang menyalak apabila kita berjalan, jika dilayan makin kuatlah salakan itu. Rakyat semua tahu perangai UMNO, merekalah yang menjadi pengkhianat kepada bangsa melayu sendiri.

Saya juga merupakan hamba yang meminati karektor Raja Nazrin, bukan kerana dia hensem atau ada kepentingan tetapi Beliau adalah raja yang berjiwa rakyat. Bukan itu saja, beliau merupakan seorang yang berpendidikan serta sensitif terhadap sistem kehakiman yang pincang. Saya tidak berapa tahu secara jelas apakah benar tindakan MB Perak itu atau adakah benar tindakan yang dibuat oleh RAja Nazrin. Apa yang saya tahu sebagai rakyat biasa, Bila terbaca tentang pandangan Karpal Singh serta tindakan RAja Nazrin secara jujur terdetik dihati, apakah Kerajaan PR adalah tunggul kayu yang tak boleh membuat apa – apa perubahan sekiranya perlu? meletakkan orang yang tidak boleh memberi kerjasama?

Saya bimbang, suatu masa nanti jangan negara kita menjadi seperti NEPAL yang rajanya tidak lagi berkuasa serta dimalukan sedemikian rupa. Adakah perkara ini akan terjadi 50tahun atau 100tahun  akan datang? saya percaya sekiranya UMNO masih lagi berkuasa perkara itu tidak mustahil berlaku. Tetapi saya terlalu yakin dengan PAS yang tidak berpura – pura didalam membela apa yang perlu dibela. Sedikitpun tidak ada kepercayaan kepada cara kepimpinan UMNO dalam mendaulatkan Institusi diraja. Apapun, saya amat berharap Raja – raja lebih berhati – hati agar tidak terpedaya dengan politik rakyat diluar istana sana. Jadilah raja yang disanjung oleh semua rakyat. Jangan bertindak mengikut nasihat yang tidak betul dari penasihat yang tidak betul.

Salam