Sokong TGNA 100%!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


100% sokong pendirian Tok Guru Nik Aziz. Juga, Sokong 100% Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Mereka tidak bersengketa dan hanya salah faham dan kesilapan teknikal, cuma ada beberapa kerat pemimpin PAS yang teringin sangat nak berbinikan UMNO tua nyanyuk.

UMNO tak tahu malu!!!!!


Isu kerajaan Perpaduan (KP) merupakan satu isu yang hangat buat masa sekarang. Hangatnya bukan kerana apa, sekadar dihangatkan oleh UMNO yang kemaruk untuk meneruskan survival UMNO dalam pemerintahan yang mereka rasakan akan runtuh bila – bila masa saja lagi. Jika diamati disetiap ruangan akhbar harian di Tanah Melayu ini, Pemimpin – pemimpin UMNO benar – benar – benar beriya dengan PK ini. Apa yang menariknya? ikhlaskah UMNO? hari ini sudah dibuktikan UMNO masih lagi tidak ikhlas. Masih menunjukkan kepura – puraan. UMNO hanya ingin berkomunikasi dengan PAS sahaja tidak dengan Pakatan Rakyat (PR). Kenapa? kerana UMNO berniat jahat. Kalau UMNO betul – betul ikhlas sudah tentu dia inginkan PK ini berjaya mesti melibatkan PR sekali. UMNO benar – benar memuji PK. Apa sebabnya? sudah tentu ada udang disebalik keris. Siapa tak kenal UMNO. Bayangkan, TGNA pun tidak percaya kepada UMNO. Dan saya percaya ramai orang tidak percaya dengan UMNO. Kemana lagi muka nak letak bila kewibawaan kita hilang? OH!!!!memalukan

Khir Toyo dah sedar diri?


Begitulah kejadian qada dan qadar dari tuhan. Bila Tun M dah tak jadi PM dia baru reti apa yang baik dan buruk. Masa jadi PM dialah yang paling lupa diri. Sekarang En. Khir Toyo kita pulak! masa jadi MB dia lah betul segalanya. tak sedar diri! lupa diri! tapi bila dah tak jadi MB tau pulak dia TOL perlu dihapuskan. Itu la pasal, masa jadi MB tak perlu bayar Tol. Skang dah kena bayar Tol. HAhahahahaha.. . skang pulak dia agak sealiran dengan pandangan Pemuda PAS dalam isu Sister In Islam ( SIS ). Ader la nampak pandangan dia berhati baik. Kenal baik dan buruk. Kalau dulu semua baik aje. tak nampak buruknya. Pemuda PAS tak suruh haramkan terus tapi siasat dulu. Itu yang Khir Toyo salah faham sikit. Bukan terus haram. Kekadang saya pun tak faham, dah jadi pemimpin tak boleh faham lagi. Saya orang biasa sekali baca boleh faham. Aper daaaaaaaaaaaaaaaa

Suara Keadilan ketinggalan zaman?


Bila buka aje suara keadilan online pasti mengecewakan. Memang tersangat – sangat lambat update. Berita sampai basi. Sungguh kecewa. keADILan selalu lemah. UMNO semakin update tetapi keADILan dah dalam zone selesa. Cubalah ikhtiar sikit.

Timb Pres PAS: Apa kehebatannya..


Muktamar PAS yg ke 55 telahpun berlalu. PAS mengalami tempoh matang yang panjang. Aura PAS pun nampak lebih hebat dari UMNO dah sekarang niey. Saya tertarik dengan jawatan Timb Presiden PAS yang menang untuk di bicarakan sebentar. Secara peribadi saya kurang tertarik dengan Timb Pres PAS yang menang itu. Bukan kerana dia tak hansem. bukan kerana tak bagus. Tapi rasanya takder aura yang menarik tentang dirinya. Kemenangannya juga jangan disalah erti. Bukan perwakilan memilihnya kerana ingin team Kerajaan Perpaduan tetapi dia didalam kelompok Ulama berbanding 2 lagi pencabar yang lain. Dari segi pandangan awam, rasanya Mat Sabu atau Husam Musa lebih menonjol dan berwibawa. Tapi itu semua pandangan umum sebab Ustaz Nasha tak menonjol dalam ceramahnya. Lagipun dia diangkat naik tanpa mula dari bawah. Apa yang penting perwakilan PAS lebih tahu dari di luar sana. Wallahuallam..

Kerajaan Perpaduan: apa dah jadi?


Dari segi nama, kerajaan perpaduan nampak cantik tetapi sebenarnya isu ini akan menjadi duri dalam daging PR. Saya tidak faham kenapa TG Haji Hadi (TGHH) beria – ia sangat dengan Kerajaan Perpaduan ini. Nak cepat jadi Timbalan Perdana Menteri kah? bercelaru. Tak sabar untuk berkuasa gamaknya. Sabarlah dengan Pakatan Rakyat. Tak ada gunanya bersama BN yang menunggu kehancuran. Tak perlu tunjuk baik. Fikir sikit jiran dalam PR. Dah lama saya perhatikan tentang sikap beberapa pemimpin PAS yang kemaruk kuasa. Dulu, ketika Dato Sri Anwar Ibrahim (DSAI) ingin menubuhkan kerajaan 16Sept, DAP dan keADILan tak sibuk tentang pembahagian antara PAS, DAP dan keADILan sebaliknya berusaha untuk menjayakannya. Tapi bila dibaca dalam HARAKAH sibuk sangat pemimpin PAS bertanya tentang haknya dalam PR. Kali ini Kerajaan Perpaduan pula. Harap cubalah bawa kenderaan PAS dengan hati – hati. Jangan terlalu gopoh. Semoga PAS for ALL akan terus relevan. Takbir!!!!

Lihat kebodohan UMNO


Cuba kita perhatikan didalam kenyataan – kenyataan yg dibuat didalam persidangan UMNO yang sedang berlangsung sekarang.

Kenyataan 1: Hanya UMNO parti yg memperjuangkan orang Melayu.

Hanya UMNO disini menggambarkan tiada parti lain selain UMNO. adakah ini merupakan satu Khurafat yg jelas dalam UMNO. Pernahkah kita dengar Pemimpin PAS mendakwa hanya PAS shj yg memperjuangkan ISLAM? tidak sama sekali.

Kenyataan 2: Hanya UMNO yg paling hebat didunia support Save Gaza.

Altantuya: Satu nama yg menakutkan


Altantuya? Siapa dia? Apa yg menakutkan sangat? tak boleh disebut nama. Jika disebut akan di panggil oleh Polis? tepuk dahi tanya Pak Jib. Huhuhuhuhu

Lawatan ke China; Najib malu sendiri


Bila PR mula mendedahkan kenapa Najib belum lagi mulakan lawatan ke luar negara maka sayugia dia Najib tetiba aje mulakan lawatan kenegara China. Di dalam negara mati – matian tak menerima Chin Peng disebabkan fahaman Komunis yg dibawa tapi berlaku sebaliknya bila dia pula buat lawatan untuk pertama kali keluar negara China sebagai destinasi. Peerah!!!